Sie befinden Sich nicht im Netzwerk der Universität Paderborn. Der Zugriff auf elektronische Ressourcen ist gegebenenfalls nur via VPN oder Shibboleth (DFN-AAI) möglich. mehr Informationen...
Ergebnis 25 von 45

Details

Autor(en) / Beteiligte
Titel
Pencapaian Profesionalism Keguruan dalam Kalangan Guru Agama Alumni Academy Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Princess of Naradhiwas University (Aias-Pnu)
Ist Teil von
  • Akademika (Kuala Lumpur), 2020-01, Vol.90 (2), p.127-138
Ort / Verlag
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
Erscheinungsjahr
2020
Quelle
EZB Electronic Journals Library
Beschreibungen/Notizen
  • Profesionalisme keguruan adalah suatu pencapaian yang sangat penting yang perlu dicapai oleh setiap guru agama. Hal ini mempunyai kaitan yang rapat dengan pembentukan kualiti dan kecemerlangan guru dan pelajar.Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau konsep profesionalisme keguruan dalam perspektif Islam dan tahap pencapaiannya dalam kalangan guru agama alumni Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University AIAS-PNU. Bagi mendapatkan maklumat tersebut, dua pendekatan digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Kajian kuantitatif dijalankan secara temubual terhadap responden yang terlibat secara langsung dengan guru agama iaitu guru besar dan ahli akademik di sekolah menengah agama swasta di wilayah Selatan Thailand seramai 16 orang responden. Dalam mengukur pencapaian profesionalisme keguruan ini, lima item digunakan iaitu moral dan amalan positif, kemahiran intelektual, sosial dan komunikasi, ilmu pengetahuan dan amanah dan tanggungjawab. Hasil kajian memnunjukkan bahawa item moral dan amalan positif paling tinggi berada pada tahap baik dengan peratusan 40 peratus diikuti tahap sederhana 35 peratus dan tahap rendah 25 peratus. Item kemahiran intelektual dapati penilaian paling tinggi ialah tahap rendah dengan peratusan 42 peratus diikuti tahap sederhana 32 peratus dan tahap baik 26 peratus. Item sosial dan komunikasi dapati penilaian paling tinggi ialah tahap baik dengan peratusan 60 peratus diikuti tahap sederhana 26 peratus dan tahap rendah 14 peratus. Item ilmu pengetahuan dapati penilaian paling tinggi ialah tahap sederhana dengan peratusan 55 peratus diikuti tahap baik 23 peratus dan tahap rendah 22 peratus. Akhirnya item amanah dan tanggungjawab dapati penilaian paling tinggi ialah tahap sederhana dengan peratusan 43 peratus diikuti tahap baik 35 peratus dan tahap rendah 22 peratus. Hasil kajian secara amnya menggambarkan kedudukan guru agama kelulusan AIAS-PNU berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Demikian berpunca daripada beberapa faktor sama ada aspek dalaman mahupun luaran.Dalam usaha meningkatkan pencapaian kualiti guru agama adalah tanggungjawab setiap pihak harus bekerjasama dalam memastikan pencapaian kualiti guru agama berada pada kedudukan yang memberangsangkan.
Sprache
Malaiisch
Identifikatoren
ISSN: 0126-5008
DOI: 10.17576/akad-2020-9002-11
Titel-ID: cdi_proquest_journals_2925473487

Weiterführende Literatur

Empfehlungen zum selben Thema automatisch vorgeschlagen von bX