Sie befinden Sich nicht im Netzwerk der Universität Paderborn. Der Zugriff auf elektronische Ressourcen ist gegebenenfalls nur via VPN oder Shibboleth (DFN-AAI) möglich. mehr Informationen...
Ergebnis 11 von 30

Details

Autor(en) / Beteiligte
Titel
Migrasi dan Lanskap Baharu Dialek di Johor (Migrations and New Dialect Landscapes of Johor)
Ist Teil von
  • Akademika (Kuala Lumpur), 2020-01, Vol.90 (3), p.147-161
Ort / Verlag
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
Erscheinungsjahr
2020
Quelle
EZB Electronic Journals Library
Beschreibungen/Notizen
  • Pengaruh migrasi antara wilayah dan dalam wilayah telah menjadikan negeri Johor sebagai salah sebuah negeri yang rencam dengan kepelbagaian subdialek dan bahasa. Faktor sebaran bahasa standard kelainan /ə/ (schwa) yang berpusat di negeri Johor tidak mampu menghalang perubahan dan penggunaan bahasa migran yang berpunca daripada penghijrahan. Pendapat Asmah (1986) yang mengkategorikan tiga sub dialek di Johor boleh dihurai semula dalam kajian ini. Kajian ini memfokuskan pada pengenalpastian bahasadan dialekyang digunapakai di negeri Johor, kesan migrasi lantas membentuk peta lanskap isoglos baharu dialek di negeri Johor berbantukan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan sepenuhnya dengan melibatkan 123 buah kampung dengan 900 orang informan kajian dan 40 data leksikal di seluruh negeri Johor. Informan yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan tua telah membantu memberikan input dialek dan bahasa yang dituturkan di Johor. Kajian ini telah berjaya menggantikan pengkategorian tiga sub dialek oleh Asmah. Pada masa yang sama, kajian ini memperlihatkan empat penggunaan bahasayang ketara ditemui selain dialek Johor iaitu bahasa Jawa, Bugis, Banjar, danMinang kesan dari migrasi antara wilayah. Kesan migrasi dalam wilayahjuga menunjukkan wujudnya dialek Melayu Kelantan, dialek Melayu Terengganu dan dialek Melayu Melaka dituturkan di Johor.Natijahnya,migrasi khususnya yang melibatkanantara wilayah dan dalam wilayah ini secara tidak langsung telah mencorakkan lanskap penggunaan dialek dan bahasa yang baharu di negeri Johor.
Sprache
Malaiisch
Identifikatoren
ISSN: 0126-5008
DOI: 10.17576/akad-2020-9003-12
Titel-ID: cdi_proquest_journals_2925434190

Weiterführende Literatur

Empfehlungen zum selben Thema automatisch vorgeschlagen von bX