Sie befinden Sich nicht im Netzwerk der Universität Paderborn. Der Zugriff auf elektronische Ressourcen ist gegebenenfalls nur via VPN oder Shibboleth (DFN-AAI) möglich. mehr Informationen...
Ergebnis 7 von 9

Details

Autor(en) / Beteiligte
Titel
PENGINTEGRASIAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI: KAJIAN KES DI SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR DI SABAH
Ist Teil von
  • e-Bangi : journal of social sciences and humanities, 2017-07, Vol.12 (2), p.245-258
Ort / Verlag
Bangi: E-Bangi Journal
Erscheinungsjahr
2017
Quelle
EZB Electronic Journals Library
Beschreibungen/Notizen
  • Sistem maklumat geografi (GIS) telah banyak membantu manusia dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dalam ruangan yang mereka huni. Namun begitu, GIS masih belum diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysian dengan pelbagai alasan seperti kekurangan kemudahan prasarana ICT dan sumber manusia. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti potensi untuk mengintegrasikan GIS dalam mata pelajaran geografi di Sekolah Menengah Bestari yang memiliki pelbagai kemudahan prasarana ICT yang cangih dan kondusif. Kajian ini dijalankan dengan menggunakkan kaedah penyelidikan campuran (mixed methods). Data Kuantitatif di perolehi dengan menggunakan soal selidik manakala data kualitatif di perolehi dengan menjalankan temuramah separa berstuktur. Kaedah persempelan bertujuan telah digunakan untuk memilih sekolah kajian. Empat orang guru dari sekolah kajian juga telah dipilih untuk menjalankan sesi temuramah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pertambahan bilangan makmal komputer, kemudahan internet, peralatan ICT, komputer dan pegawai teknikal menyediakan peluang yang agak cerah untuk mengintegrasikan GIS dalam pengajaran geografi di sekolah bestari. Analisa data temuramah menunjukkan bahawa terdapat beberapan kekangan seperti kekurangan perisian GIS, sumber manusia, bahan rujukan dan kurikulum geografi yang menghalang pengintegrasian GIS dalam pengajaran geografi di sekolah. Namun begitu, analisa data temuramah juga menunjukkan bahawa hasrat murni untuk mengintegrasikan GIS dalam pengajaran geografi akan tercapai sekiranya kekangan ini dapat diatasi.

Weiterführende Literatur

Empfehlungen zum selben Thema automatisch vorgeschlagen von bX