Sie befinden Sich nicht im Netzwerk der Universität Paderborn. Der Zugriff auf elektronische Ressourcen ist gegebenenfalls nur via VPN oder Shibboleth (DFN-AAI) möglich. mehr Informationen...
Ergebnis 16 von 27

Details

Autor(en) / Beteiligte
Titel
Faktor Keagamaan Yang Mempengaruhi Semangat Perpaduan dalam Kalangan Remaja yang Tinggal di Kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR)
Ist Teil von
  • Global journal al-thaqafah, 2018-07, Vol.8 (1), p.107-114
Erscheinungsjahr
2018
Link zum Volltext
Quelle
EZB Electronic Journals Library
Beschreibungen/Notizen
  • Elemen keagamaan dalam semangat perpaduan merupakan unsur penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia. Oleh itu artikel ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh faktor-faktor yang mempengaruhi elemen keagamaan dalam semangat perpaduan dalam kalangan remaja yang tinggal di kawasan perumahan rakyat di Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratanlintang secara kuantitatif. Seramai 244 orang remaja yang tinggal di tiga buah kawasan perumahan iaitu di perumahan Rakyat Desa Rejang, Pantai Ria dan Seri Pantai telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan regresi pelbagai secara stepwise. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti (59.8%) remaja yang tinggal di kawasan perumahan rakyat menunjukkan elemen keagamaan yang sederhana sahaja dan perlu dipertingkatkan. Analisis regrasi pelbagai pula mendapati bahawa faktor kesihatan diri (β=.539, p<.05) adalah petunjuk utama yang mempengaruhi elemen keagamaan dalam semangat perpaduan dalam kalangan remaja. Manakala kombinasi kesihatan diri (β=.405, p<.05) dan tingkah laku prososial (β=.289, p<.05) menyumbang sebanyak 6.6% perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Faktor hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysia pula menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja. Kombinasi keempat-empat faktor peramal tersebut telah menyumbang sebanyak 40.1% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja yang tinggal di kawasan perumahan rakyat. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk menyediakan pelan strategik yang komprehensif dalam menambahbaik program-program yang boleh membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat khasnya remaja yang tinggal di kawasan perumahan rakyat di Malaysia.
Sprache
Englisch
Identifikatoren
ISSN: 2232-0474
eISSN: 2232-0482
DOI: 10.7187/GJAT072018-9
Titel-ID: cdi_crossref_primary_10_7187_GJAT072018_9
Format

Weiterführende Literatur

Empfehlungen zum selben Thema automatisch vorgeschlagen von bX